Accounting
Finance
Makluman Dari Bahagian Kewangan
Kolej Poly-Tech MARA Kampus Cawangan Ipoh.
- Butiran Yuran Pendaftaran Sesi Julai 2010 [ masuk ]
- PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR !
BAKI YURAN BOLEH DISEMAK DI PERPUSTAKAAN IBNU KHALDUN KPTMKCI DENGAN MELAYARI
http://192.168.81.2:8000
USER : NO I D (PTM--------)
PASSWORD : NO KAD PENGENALAN
ANDA DIMINTA MENJELASKAN BAKI YURAN TERTUNGGAK SELEWAT – LEWATNYA
SEBELUM 31 MAC 2010.
PELAJAR YANG DI BAWAH TAJAAN MARA DAN PTPTN (YANG TELAH MENDAPAT DUIT)
-SILA JELASKAN DENGAN KADAR SEGERA.
-ANDA TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT SEBARANG PENANGGUHAN.
-PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT SECARA TUNAI DIKAUNTER PEJABAT ATAU
-BANK IN KE BSN NO AKAUN 1410029000315633,
-BAYAR KEPADA KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD-IPOH
SEBARANG PERTANYAAN SILA BERHUBUNG DENGAN BAHAGIAN KEWANGAN DI PEJABAT.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1 .Cara Pembayaran Yuran Pengajian
a) Bayaran Tunai Di Kaunter Pejabat KPTM Ipoh
b) Bank In Ke Bank Simpanan Nasional
c) No Akaun : 1410029000315633
d) Bayaran Kepada : KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD - IPOH
e) Rujukan 1 : Nama Pelajar dan No Kad Pengenalan
2. Bagi pelajar yang telah mendapat kelulusan untuk membuat pembayaran baki yuran tertunggak, sila mengikut jadual yang telah dipersetujui.
3. Pelajar yang telah mendapat Tajaan MARA atau PTPTN TIDAK dibenarkan sama sekali untuk membuat penangguhan bayaran yuran.
PELAJAR PILIHAN
1) AGILAN A/L RAMACHANTHIRAN
NO ID : PTM060700455
GRADUASI : 2009
Seorang pelajar yang gigih, tidak mengenal erti jemu dan penat sepanjang tempoh pengajian di KPTM KC Ipoh. Walaupun tidak mendapat pembiayaan dari mana-mana tajaan, beliau berusaha dan bekerja sambilan selepas waktu pengajian bagi menampung perbelanjaan dan yuran pengajian di kolej. Menghormati pensyarah-pensyarah dan staf-staf kolej serta rajin bertanya untuk mendapat penjelasan tentang sesuatu perkara. Sepanjang tempoh pengajian, pihak kewangan tidak menghadapi masalah terhadap beliau walaupun menghadapi kekangan kewangan. Seorang pelajar yang menepati janji dalam menjelaskan yuran. Tahniah dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang pekerjaan yang diceburi.
2) ROSZITA BINTI JIDIN
NO ID : PTM050700147
GRADUASI : 2008
Seorang pelajar yang agak perlahan dalam menimba ilmu, menghadapi masalah dalam pelajaran dan hampir-hampir menarik diri pada awal pengajian. Bukan terdiri dari keluarga yang berkemampuan, namun hasil dari sokongan keluarganya terutama abang beliau dan komitmen yang ditunjukkan terhadap pelajaran, beliau dapat teruskan pengajian sehingga mendapat segulung diploma. Pada awalnya menghadapi masalah dalam menjelaskan yuran pengajian memandangkan kekangan kewangan tetapi dengan disiplin beliau dalam mengikuti pembayaran berjadual yang ditetapkan akhirnya memberi kesenangan kepada pihak kewangan dan pelajar itu sendiri. Tahniah dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang pekerjaan yang diceburi.






