BSc (Hons) in Multimedia Computing

Cetak
PDF

BSc(Hons) Multimedia Computing merupakan sebuah kursus hasil usahasama dengan pihak Coventry University yang menawarkan pengajian di dalam bidang pengkomputeran dan perindustrian multimedia. Apa yang akan dipelajari oleh pelajar adalah perkara-perkara ynag berkaitan dengan pembangunan aplikasi permainan komputer, web berteknologi tinggi, teknologi mobil dan yang berkaitan dengannya. Ianya merupakan sebuah kursus yang membentuk pelajar menjadi kedua-dua pengguna dan pembangun di dalam bidang multimedia. Antara subjek yang dipelajari adalah seperti rekabentuk komputer, pengaturcaraan interaktif, k-web, rekabentuk antaramuka, produksi media, pervasive computing and banyak lain. Pelajar juga akan dilengkapkan dengan subjek-subjek sperti English, keusahawanan, pengajian islam, pengajian Malaysia dan lain-lain. Penglibatan pelajar dengan aktiviti luar juga amat digalakkan dalam mendapatkan pengalaman serta pengetahuan tambahan.

1 Nama Kursus : BSc (Hons) in Multimedia Computing in Collaboration with Coventry University, UK (KA 10385)
2 Tempoh Kursus : 3 Tahun / 2 Tahun
3 Syarat Kemasukan :
  • Lulus STPM dengan mendapat lulus penuh dalam 2 mata pelajaran termasuk Pengajian Am dengan minimum CGPA 2.00 dan kredit Matematik serta lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
  • Lulus Matrikulasi / Foundation dengan mendapat CGPA 2.00 dan kredit Matematik serta lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
  • Lulus A-Level dengan mendapat kelulusan minimum dalam 2 mata pelajaran dan kredit Matematik serta lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM; ATAU
  • Lulus Diploma in Computer Science dari KPTM dengan minimum CGPA 2.50 ke atas (calon-calon dengan CGPA di bawah 2.50 tetapi melebihi 2.00 boleh diambil / diperakui tertakluk kepada proses penilaian dalaman yang tegas dan teliti); ATAU
  • Lulus mana-mana Diploma yang berkaitan dengan minimum CGPA 2.00 dengan kredit Matematik di peringkat SPM atau setara dengannya ATAU
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
4 Struktur Yuran :
5 Struktur Program :

 

Web Mobile | PenafianDasar PrivasiDasar Keselamatan & Hak CiptaSite Map |

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
No 154295 Wisma SSI Jalan Sultan Abdul Jalil Greentown, 30450 Ipoh Perak Darul Ridzuan
: 05-2421003 : 05-2421002 : webmaster_ip@kptm.edu.my
Last Update : April 2013 Copyright © 2012 KPTM IPOH. All Right Reserved.
Best view Internet Explore 8.0 or Google Chrome latest with resolution 1024x768
Internet Explore 8.0      Google Chrome