03 October 2017 - Kejohanan Ragbi Inter-KPTM Semalaysia 2017

kejohanan ragbi inter-kptm semalaysia 2017 - 1

KUANTAN, 30 September 2017

Kejohanan Ragbi Inter-KPTM Semalaysia 2017 telah berlangsung di SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS) Kuantan, Pahang. Sebanyak 6 kampus KPTM telah menghantar pasukan ragbi iaitu Ipoh, KUPTM, Bangi, Kesedar, Batu Pahat, dan Kuantan sebagai penganjur dan tuan rumah.

Tahniah kepada pasukan KPTM Kuantan yang telah menjuarai kejohanan ini diikuti KPTM Bangi di tempat kedua dan KPTM Ipoh tempat ketiga.

Acara perasmian dan penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah KPTM Kuantan, Puan Nor Azah Bt Mohamed Azahar.

TAHNIAH & SYABAS atas penganjuran program...

Semoga KPTM akan terus cemerlang!

kejohanan ragbi inter-kptm semalaysia 2017 - 3

kejohanan ragbi inter-kptm semalaysia 2017 - 2