21 October 2017 - Karnival Citrawarna KPTM Semalaysia 2017

21 Oktober 2017- Kolej Poly-Tech MARA Kuantan telah menganjurkan Karnival Citrawarna Kolej Poly-Tech MARA Semalaysia 2017 yang berlangsung di Auditorium RTM Pahang. Karnival yang diadakan setiap dua tahun sekali ini memasuki kali keempat penganjurannya semenjak tahun 2013.

Tahniah kepada Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM ) yang telah menjadi juara Karnival Citrawarna 2017. Di tempat kedua dimenangi oleh KPTM Bangi dan di tempat ketiga KPTM Kota Bharu. Manakala bagi kategori nyanyian lagu tradisional terbaik, KPTM Batu Pahat memenangi tempat pertama, diikuti tempat kedua KUPTM dan di tempat ketiga KPTM Kota Bharu. Pemenang keseluruhan membawa hadiah tempat pertama sebanyak RM 1000.00 , kedua RM 700.00 dan ketiga RM 500.00 beserta piala pusingan.

Perasmian Karnival Citrawarna KPTM Semalaysia ini disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Hadir sama ialah En Salemi bin Yusoff, Pengarah MARA Negeri Pahang, En Nordin Bin Ahmad, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Prof. Dr. Abdul Razak Bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor KUPTM dan Puan Nor Azah Bt Mohamed Azahar, Pengarah KPTM Kuantan.

Dalam majlis sama KPTM juga telah memberi sumbangan kepada 2 orang kakitangan KPTM Kuantan yang bersara iaitu En. Masri Bin Silong dan En Zulkefly Bin Sulaiman.

Karnival Citrawarna kali ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Roslan Madun, penyanyi lagu rakyat dan penggiat seni.

 

citrawarna2017-1

citrawarna2017-3

citrawarna2017-4

citrawarna2017-2