14 March 2018 - KPTM Promosi Peluang Pengajian Di KPTM Sempena Kejohanan Golf Piala Ahli Parlimen Jerantut

kptm kejohanan piala ahli parlimen jerantut 

14 Mac 2018 | Saujana Golf Club, Kajang | KPTM PROMOSI PELUANG PENGAJIAN DI KPTM SEMPENA KEJOHANAN GOLF PIALA AHLI PARLIMEN JERANTUT

Bagi mencapai sasaran ambilan pelajar baharu lepasan SPM dan STPM bagi Sesi April/Mei 2018, KPTM telah mengadakan aktiviti publisiti dan promosi di Kejohanan Golf Piala Ahli Parlimen Jerantut.

Lebih kurang 70 orang peserta daripada pelbagai latar belakang kerjaya telah menyertai kejohanan yang buat julung-julung kalinya diadakan di luar Parlimen Jerantut. Kesempatan ini dimanfaatkan oleh KPTM untuk memperkasakan aktiviti promosi bagi memastikan KPTM menjadi institusi pendidikan pilihan.

Majlis penyampain hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jerantut, YB Dato' Haji Ahmad Nazlan Idris yang juga Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, En. Nordin bin Ahmad.

Jom masuk KPTM!!
Layari www.kptm.edu.my