26 September 2018 - Site Visit : KPTM Ipoh's New Building

Ipoh, 26 September 2018 - Satu sesi lawatan tapak meninjau pembinaan bangunan baharu KPTM Ipoh telah diadakan hari ini oleh Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB bersama ahli-ahli pengurusan tertinggi KPTM.

Lawatan tapak tersebut diadakan bagi melihat perkembangan proses pembinaan bangunan tersebut yang kini sedang dibina di Meru, Ipoh.

Delegasi KPTM telah diberi taklimat tentang perkembangan projek pembinaan oleh Jurutera Bahagian Binaan dan Senggaraan MARA iaitu En. Rosly Bin Muda dan taklimat selanjutnya daripada Pengarah Projek Pembinaan iaitu, Ir. Nor Azlan Bin Yusoff.

Seterusnya, delegasi daripada Ibu Pejabat KPTM turut diberi penerangan mengenai KPTM Ipoh oleh Pengarah iaitu Puan Noor Azhani Binti Yaakob.

Disediakan Oleh:
Seksyen Komunikasi Korporat