10 December 2018 - Majlis Podium Perdana Siswa IPMA 2018 Memartabatkan Warga IPMA Yang Cemerlang Di Dalam Bidang Ko-Kurikulum

majlis-podium-perdana

KUANTAN, PAHANG | 10 DISEMBER 2018 - MARA melalui Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) telah menganjurkan Majlis Podium Perdana Siswa IPMa 2018. Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Pahang (KPMIM) menjadi tuan rumah penganjuran majlis pada kali ini. Podium Perdana Siswa IPMA diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pendidikan di bawah BPT yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Bagi penganugerahan kali ini, KPTM dan KUPTM telah tersenarai sebagai finalis bagi beberapa kategori seperti Anugerah Tokoh Siswa : Sukan / Permainan (Berpasukan) – Kelab Futsal KPTM Bangi, Anugerah Tokoh Siswa : Inovasi – KPTM Kuantan; dan Anugerah Pengurusan Pembangunan Siswa Cemerlang- Unit Kaunseling Cemerlang – Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM). Ketiga-tiga pencalonan ini membolehkan KPTM Bangi, KPTM Kuantan dan KUPTM membawa balik hadiah plak dan sijil iringan.

YBhg. Dato’ Azhar Bin Abd Manaf, Ketua Pengarah MARA telah menyempurnakan majlis ini disamping menyampaikan hadiah dan trofi kepada kemenangan kepada para finalis. Dalam ucapan perasmiannya beliau berkata, “pengiktirafan yang dianugerahkan sempena Majlis Podium Perdana Siswa IPMa 2018 dilihat sebagai pemangkin dalam menyuntik semangat dan meningkat potensi diri kepada Warga MARA untuk terus berinovasi melalui pelbagai cabang ilmu.”

Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah YBhg Dato’ Roseli bin Dol, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, serta Tuan Haji Abd Hamid bin Haji Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi, MARA. YBrs. Tuan Haji Zul Bahri Bin Hamzah, Timbalan Pengarah Pembangunan MARA dan YBrs. En. Mohd Fazly Bin Jamaluddin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik mewakili Pengarah KPM Indera Mahkota.

Hadir bersama mewakili KPTM dan KUPTM adalah YBhg Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Encik Mohd Rusli bin Ab Wahab, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar, Encik Ramli bin Mohd Jawi, Pengarah KPTM Bangi, Dr. Mohd Noor Azman bin Othman, menjalankan tugas TNC Pembangunan Pelajar KUPTM, pegawai-pegawai HEP KPTM/KUPTM, calon-calon serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar.

Tahniah kepada BPT selaku penganjur dan KPM Indera Mahkota selaku tuan rumah di atas penganjuran majlis yang lancar dan bermakna.