19 December 2018 - Majlis Apresiasi KPTM: 50 Staf Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Raikan Jasa Bakti Pesara Serta Pentauliahan Sijil MS ISO Bersepadu KPTM Seluruh Malaysia Daripada SIRIM

majlis-apc-2017

BANGI | 19 DISEMBER 2018 | MAJLIS APRESIASI KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) 2017 telah diadakan sebagai tanda penghargaan KPTM kepada kakitangan yang telah berkhidmat di KPTM merangkumi semua kampus cawangan di seluruh negara dan komited sedaya upaya mencurahkan khidmat bakti demi kemajuan dan kegemilangan organisasi.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abdul Rashid Bin Mohd Said, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan MARA bertempat di Hotel Tenera, Bangi. Hadir sama YBhg. Encik Nordin Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM.

Pada majlis ini, seramai 50 staf akan menerima ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG dari kategori Pengurusan, Pensyarah dan Sokongan berdasarkan Key Performance Indicator (KPI) yang dicapai oleh staf pada tahun 2017. Turut diraikan 4 orang staf bersara dalam perkhidmatan iaitu Apresiasi Jasamu Dikenang.

Pada masa sama diadakan PENTAULIAHAN SIJIL MS ISO 9001:2015 SECARA BERSEPADU MERANGKUMI KPTM DAN KUPTM DI SELURUH MALAYSIA DARIPADA SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD. Ini adalah kesinambungan selepas KPTM memperolehi Sijil MS ISO 9001:2008 pada tahun 2010 dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di setiap kampus cawangan KPTM namun pelaksanaannya pada ketika itu adalah secara pensijilan berasingan di mana setiap kampus melaksanakan proses pensijilannya secara individu.

Sesi penyerahan Sijil MS ISO 9001:2015 telah dilakukan oleh Encik Mohammad Hamidi Bin Yusop, Juruaudit Utama Seksyen Perkhidmatan Jabatan Persijilan Sistem Pengurusan SIRIM, bagi mewakili Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Kepada YBhg. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd. sambil disaksikan oleh YBhg. Dato’ Abdul Rashid Bin Mohd Said, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan MARA.

 

apc-pesara

PESARA KPTM

 

apc-pengurusan

KATEGORI PENGURUSAN

 

apc-pensyarah

KATEGORI PENSYARAH

 

apc-sokongan2

KATEGORI SOKONGAN II

 

apc-sokongan1

SOKONGAN I