17 June 2017 (Sinar Harian) - KPTM buat CSR beli baju raya

kptm_program_ramadhan_bersama_anak_yatim_2017Zaluzi (duduk, kiri) mengenakan pakaian raya kepada anak yatim, hari ini.

 

KOTA BHARU - Kolej Polytech Mara (KPTM) Kota Bharu memperuntukkan lebih RM15,000 untuk disumbangkan bagi keperluan anak yatim membeli baju raya.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Zaluzi Sulaiman berkata, peruntukan itu digunakan oleh golongan kurang berkemampuan yang belum memiliki baju raya.

"Program ini adalah tanggung jawab sosial korporat (CSR) bagi membolehkan anak yatim yang masih bersekolah rendah dan menengah di sekitar Pengkalan Chepa.

"Sebahagian daripada 150 membeli-belah kelengkapan raya, manakala selebihnya menerima agihan zakat bernilai RM200 seorang.

"Bagi yang terlibat dengan membeli-belah, setiap mereka menerima nilai RM100 seorang, manakala tambahan RM10, turut diberikan oleh pasaraya, " katanya kepada pemberita selepas Program Membeli-Belah di Hypermarket Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Turut hadir, Penyelaras Dun Chempaka, Mohamad Fareez Amran Noor Mohamad dan Penyelaras Dun Panchor, Haris Husin, selain Pengarah KPTM, Mohd Sahidi Yaacob.

Terdahulu, 50 anak yatim berkenaan menerima baucer untuk ditukarkan dengan pembelian mengikut pilihan masing-masi

Zaluzi berkata, program CSR KPTM itu dijalankan setiap tahun bagi membantu golongan kurang mampu yang akan menyambut hari raya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kptm-buat-csr-beli-baju-raya-1.691074