Buletin Kampus

07 Februari 2020 | Majlis Penyerahan Mock Cheque Sumbangan Zakat Perniagaan KPTM Kepada Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ)

 

07 Februari 2020 | Jumaat - Majlis penyerahan mock cheque telah diadakan di Wisma PPZ yang mana penyerahan ini telah dibuat oleh Encik Nordin bin Ahmad, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM kepada Tuan Hj. Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP.

Sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM200,000.00 telah diberikan kepada PPZ dan semoga sumbangan ini dapat disalurkan kepada yang memerlukan. KPTM juga berharap agar KPTM akan terus menjadi institusi pilihan untuk terus berkembang maju demi meningkatkan lagi taraf pendidikan di negara ini dan secara tidak langsung dapat memberi sumbangan bagi tanggungjawab sosial korporat KPTM.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM dan PPZ. Semoga kerjasama di antara KPTM dan PPZ dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Wisma SSI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search