Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar KPTM Ipoh, adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester sesi November 2020 akan diadakan mengikut tetapan yang telah dilampirkan bersama arahan berikut :
1) Pelajar perlu bersedia 10 minit sebelum peperiksaan bermula.
2) Pelajar dikehendaki menulis Nama, No.Kad ID, Kod Kursus dan No. Seksyen pelajar dengan terang diatas kertas jawapan.
3) Pelajar WAJIB menggunakan pen dakwat kekal. Penggunaan pensil hanya dibenarkan untuk melukis gambarajah, graf dan jadual sahaja.
4) Pelajar tidak dibernarkan sama sekali berkomunikasi dengan mana-mana pihak sepanjang tempoh peperiksaan.
5) Pelajar WAJIB bersikap jujur dan memelihara kerahsiaan jawapan masing-masing.
6) Pelajar WAJIB menyerahkan jawapan selewat-lewatnya 30 minit selepas peperiksaan tamat.
Sekian, harap maklum.