
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar KPTM Ipoh, sila ambil maklum mengenai Jadual Peperiksaan Akhir Semester KPTM Ipoh bagi Sesi April 2022 dengan merujuk kepada pautan yang diberikan.
- Peperiksaan Akhir Semester akan diadakan secara atas talian (online) bermula pada 27 Jun 2022 hingga 3 Julai 2022.
- Pelajar diminta kekal berada di kediaman masing-masing dan menyelesaikan peperiksaan akhir semester bagi kursus-kursus terlibat secara atas talian (online) melalui platform digital yang telah ditentukan oleh Pensyarah kursus masing-masing.
- Sebarang ketidakhadiran pada hari peperiksaan perlulah dikemukakan kepada pihak SPP dokumen-dokumen yang berkaitan melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan segera dalam masa tidak lewat dari 48 jam setelah tamatnya peperiksaan kursus berkenaan supaya anda dibenarkan untuk mengambil peperiksaan gantian.