Tawaran Program

Senarai Program di KPTM Ipoh

Diploma in Digital Business

Program ini terdiri daripada pelbagai struktur dan merangkumi pelbagai aspek seperti Keusahawanan Digital, Asas Teknologi Sokongan Komputer, Pengenalan kepada Sistem Maklumat, Pengenalan kepada Perniagaan Pintar, Pengenalan kepada Pemasaran Digital, Konsep dan Aplikasi E-Dagang, Integrated Marketing Communication, dan Reka Bentuk Web.

Pada akhir program, graduan sepatutnya dapat menunjukkan kemahiran tertentu dalam bidang persekitaran digital. Program ini menyediakan pelajar untuk menjadi individu yang berpengetahuan atau usahawan dengan profesionalisme dan etika dalam industri yang berkaitan. Pelajar juga mendapat pengalaman dan pengetahuan mengenai aspek teori dan praktikal subjek perniagaan digital yang akan mempersiapkan mereka untuk menyertai pasaran tenaga kerja pada masa hadapan. Peluang kerjaya untuk program ini agak besar dan sangat diminati di Malaysia.

Graduan juga boleh meneruskan pengajian mereka di peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang berkaitan seperti Pemasaran Digital, Pengurusan Perniagaan Digital, Pentadbiran Perniagaan, atau pengajian profesional lain.

Graduan Diploma in Digital Business mempunyai peluang kerjaya yang dinamik dan sedang berkembang di dalam bidang ini. Laluan kerjaya yang berpotensi kepada graduan bidang ini:

• Digital Marketing Coordinator
• E-commerce Coordinator
• Social Media Coordinator
• Digital Analyst
• Digital Project Coordinator
• Customer Support Specialist (Digital)
• Digital Business Trainee

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search