Fungsi Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar

Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar

Latar Belakang

Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar (SPPP) merupakan seksyen di bawah Jabatan Khidmat Pengurusan. Seksyen ini diwujudkan pada bulan Februari 2018 di KPTM Ipoh yang bertanggungjawab atas segala urusan berkaitan aktiviti pemasaran dan pengambilan pelajar baru pada setiap ambilan. Seksyen ini membantu segala perancangan dan strategi pemasaran yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Perancangan Korporat di KPTM Ibu Pejabat.

Bermula bulan April 2018, KPTM Ipoh telah memperkenalkan sistem trimester. Terdapat 3 trimester iaitu April, Julai & November bagi penawaran 5 program pengajian: Diploma in Multimedia, Diploma in Management with Multimedia, Diploma in Animation, Diploma in Game Design & Diploma in Digital Marketing.

Penerangan Tugas

  1. Membantu segala urusan perancangan dan strategi pemasaran yang diperkenalkan oleh KPTM Ibu Pejabat.
  2. Mempromosikan ambilan pelajar baru untuk ambilan April, Julai & November setiap tahun.
  3. Bertanggungjawab atas segala urusan berkaitan pengambilan pelajar baru.
  4. Menyediakan dan memantau iklan-iklan pengambilan melalui medium-medium yang berbeza seperti di laman media sosial, kain rentang di kawasan-kawasan awam, skrin LED, FB Advert, Google Adwords dan sebagainya.
  5. Menguruskan stok bahan-bahan pemasaran (masuk dan keluar).
  6. Menyediakan bahan-bahan pemasaran yang bersesuaian untuk setiap aktiviti pemasaran.
  7. Bekerjasama dengan pihak sekolah-sekolah di bawah program Sekolah Angkat.
  8. Bekerjasama dengan pihak Pegawai Latihan Negeri MARA dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dalam segala program anjuran MARA.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search