Tawaran Program

Senarai Program di KPTM Ipoh

Diploma in Digital Marketing

Impak revolusi dunia digital sebenar baru mula dirasai. Atas faktor ini, Kolej Poly-Tech Mara Ipoh berusaha untuk mewujudkan Diploma in Digital Marketring (AM101), sebuah program yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan industri dan mensasarkan kepada penggunaan pelbagai media berhubungkait dengan kecemerlangan ICT.

Program ini turut menawarkan pandangan yang lebih mendalam tentang keberkesanan strategi dan keunggulan pelaksanaan kempen pemasaran digital yang telah berubah-ubah. Pelajar bakal mempelajari daripada pemasaran sosial sehingga kepada pemasaran carian bagi segala yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya pemasaran digital mereka.

Program ini melengkapkan pelajar bagi menghadapi cabaran dunia keusahawanan global. Pelajar memperolehi pengalaman dan ilmu secara teori serta latihan dalam subjek-subjek pemasaran digital yang akan menjadikan mereka bersedia untuk menceburkan diri dalam tenaga kerja pada masa hadapan. Peluang pekerjaan bagi program ini memang banyak dan mendapat permintaan tinggi di Malaysia.

Program ini akan memastikan para graduan bersiap sedia untuk membawa peralihan ini dan memanfaatkan peluang perniagaan baru yang ada.
Graduan daripada program Diploma Pemasaran Digital bersedia untuk memasuki industri seperti berikut:

  1. Entrepreneur of Technopreneur,
  2. Business planner,
  3. Digital Marketing Junior Executive,
  4. Marketing Strategist,
  5. Online Marketing Coordinator,
  6. Web Administrator,
  7. Web Application Developer,
  8. Digital Strategist,
  9. Social Media Specialist,
  10. SEO specialist,
  11. Social Media Coordinator,
  12. Junior E-Business Development Executive,
  13. Junior E-Business Specialist.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search