Diploma in Game Design adalah sebuah program sepenuh masa yang dijalankan dalam tempoh minimum 6 semester atau tiga tahun. Program ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran pereka bentuk yang memiliki ilmu yang mendalam tentang penulisan, seni, dan sains sosial digabungkan ketika mereka bentuk permainan, antara muka, dan pengembaraan interaktif yang lain. Program ini berorientasikan projek dan mengasah kemahiran mereka bentuk permainan di luar jangkaan sementara turut memahami konsep dalam permainan.
Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan industri terkini yang menekankan tentang mekanikal dalam permainan, mereka bentuk dokumentasi, membuat skrip dan pengaturcaraan, rekaan tahap 2D dan 3D, reka bentuk karakter, menguji permainan, reka bentuk antara muka, pengurusan produk, dan pelaksanaan projek permainan berpasukan. Pelajar juga akan mempelajari kemahiran profesional dan kemahiran tersendiri yang diperlukan untuk berjaya dalam industri.
Graduan daripada program Diploma in Game Design bersedia untuk memasuki industri permainan seperti berikut:
- Game Designer
- Level Designer
- 2D / 3D Artist
- Game Tester
- Character Designer / Artist
- Storywriter / Scriptwriter