Sektor Penjadualan & Peperiksaan (SPP) merupakan salah satu unit sokongan akademik dan bertanggungjawab menjalankan perkara berkaitan peperiksaan. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah dan dibantu dua kerani. Antara fungsi utama yang dijalankan oleh SPP adalah membuat persediaan kertas peperiksaan, mengurus perjalanan peperiksaan akhir, memproses keputusan peperiksaan dan menguatkuasa peraturan-peraturan akademik. SPP juga membuat sijil kecermelangan akademik.