Sejarah KPTM

Sejarah pendidikan Kolej Poly-Tech MARA Ipoh (KPTM Ipoh) telah bermula dengan penubuhannya sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) pada tahun 1996. Kursus yang dijalankan pada masa tersebut adalah merangkumi kursus jangka pendek seperti komputer, bahasa, pengurusan dan pendidikan sekolah serta satu kursus jangka panjang iaitu Diploma NCC yang dijalankan secara usahasama dengan United Kingdom.

Seterusnya pada tahun 1999, perubahan pengurusan telah membuatkan IPM bertukar nama menjadi Akademi Infotech MARA (AIM). Selain meneruskan kursus jangka pendek sediada, AIM juga turut menawarkan kursus jangka panjang sepenuh masa Diploma Multimedia Interaktif usahasama dengan University of Edith Cowan, Australia.

Pada 1hb Januari 2004, Akademi Infotech MARA (AIM) telah diserapkan di bawah pengurusan KPTM Sdn. Bhd dan bertukar nama menjadi Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Perak (KPTM Ipoh). Berbekalkan pengalaman menjalankan kursus usahasama dengan universiti luar negara, pada kali ini KPTM IPOH mula menawarkan kursus dalaman iaitu Diploma in Multimedia. Kursus pengajian ini telah mendapat pengiktirafan MQA pada tahun 2006 dan ini membuktikan usaha berterusan kolej bagi memastikan pendidikan yang berkualiti terus ditawarkan kepada pelajar.

Perubahan status sebagai IPTS yang berdaya saing telah mendorong KPTM Ipoh untuk terus berusaha gigih mempertingkatkan kualiti pendidikannya dari masa ke masa. Pelbagai usaha telah dijalankan seperti pembangunan akademik, infrastruktur seperti pembinaaan studio multimedia, kelengkapan makmal dan pembangunan sistem maklumat dan integrasi IT. Kualiti pengurusan kolej juga turut dipertingkat melalui pembangunan modal sumber manusia agar bersifat lebih kompeten.

Kemajuan KPTM Ipoh juga turut dapat disaksikan melalui penawaran kursus baharu bagi pengajian di peringkat Diploma iaitu Diploma in Animation, Diploma in Game Design, Diploma in Digital Marketing dan Diploma in Teaching Of English As A Second Language (TESL).

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search