Peraturan Perpustakaan

  1. Pelajar mestilah berpakaian kemas mengikut sahsiah rupa diri pelajar ketika berada di perpustakaan.
  2. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk buku teks (selain dari buku perpustakaan), beg, fail atau folder ke dalam pusat sumber kecuali pen, kertas dan buku nota sahaja.
  3. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.
  4. Semua bahan bacaan yang telah dibaca hendaklah diletakkan di atas troli. Tidak dibenarkan meletakkan semula bahan yang telah digunakan di atas rak.
  5. Telefon bimbit perlu ditukar ke silent mode di dalam perpustakaan.
  6. Tidak dibenarkan merokok di dalam perpustakaan
  7. Barang-barang persendirian tidak dibenarkan disimpan di dalam perpustakaan.
  8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan di dalam perpustakaan.
  9. Pelajar dilarang membuat bising, makan, minum atau berbincang sehingga mengganggu pelajar lain.
  10. Sebarang kerosakan pada buku hendaklah dilaporkan segera kepada staf perpustakaan. Tindakan tegas akan diambil ke atas pelajar jika didapati menconteng atau mengoyak bahan-bahan perpustakaan.
  11. Pemakaian kemeja – t tanpa kolar, topi dan selipar adalah dilarang.
  12. Sebarang kesulitan ketika berada didalam perpustakaan perlulah dirujuk kepada staf perpustakaan.
  13. Bahan-bahan rujukan terhad boleh diambil dengan kebenaran staf perpustakaan sahaja.
  14. Sebelum meninggalkan perpustakaan pelajar hendaklah memastikan kerusi disusun semula di tempat asal.
  15. Denda akan dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhi arahan seperti yang telah ditetapkan.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search