Mengenai Perpustakaan Ibn Khaldun

  1. Pengenalan
    Perpustakaan KPTM Cawangan Ipoh berperanan sebagai pusat maklumat untuk membantu para pelajar dan para pensyarah di dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

  2. Keahlian Perpustakaan
    Pada masa kini, perpustakaan KPTM Ipoh mempunyai keahlian anggaran 1000 orang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan staf. Setiap kelayakkan pinjaman adalah tertakluk kepada keahlian yang berdaftar sahaja. Setiap ahli yang berdaftar adalah layak untuk menggunakan kemudahan perpustakaan yang disediakan.

  3. Sewaan Loker
    Untuk melindungi barang-barang peribadi anda daripada kejadian yang tidak diingini, kami menyediakan loker untuk disewa. Loker ini terletak berhampiran pintu masuk perpustakaan, tingkat 2 dan 3 di Blok A.

    Kadar sewa adalah sebanyak RM5.00 dan RM5.00 ditambah sebagai deposit. Tempoh sewa adalah satu semester. Pelajar perlu memulangkan kunci loker ke perpustakaan sebelum akhir semester. Pelajar yang gagal memulangkan kunci loker, deposit tidak akan dikembalikan. Sila berjumpa dengan kakitangan perpustakaan untuk sewa loker.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search