Buletin Kampus

11 Jan 2024 | Aktiviti Khidmat Masyarakat Pelajar KPTM Ipoh : Program Pemuliharaan Penyu

Image
11 Januari 2023 - Seramai 30 pelajar KPTM Ipoh dari program Diploma in Teaching of English as a Second Language (TESL) semester 5, telah menjalankan program pemuliharaan penyu dengan kerjasama Pertubuhan Kampung Penyu di Pulau Pangkor, Perak. Program dimulakan dengan sesi taklimat tentang pemuliharaan persisir pantai di Kampung Penyu.

Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengutip sampah di sepanjang pantai tersebut. Pada sesi kedua, para pelajar diberikan tugas untuk menyemai pokok Ambong-Ambong. Pokok Ambong-Ambong merupakan pokok penting dalam ekosistem pembiakan penyu dan perlu ditanam sebanyak-banyaknya untuk menggalakkan penyu naik bertelur di pesisir pantai kelak.

Pada sesi terakhir, para pelajar diberikan tangungjawab untuk menanam pokok Ambong-Ambong yang telah matang di pesisir pantai. Setiap pelajar berpeluang untuk menanam 2 pokok Ambong-Ambong pada petak kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan pendaratan penyu.

Sebelum berangkat pulang ke Ipoh, para pelajar diberikan taklimat tentang pentingnya pemuliharaan penyu terutama di Pulau Pangkor oleh Pengerusi Kampung Penyu tersebut.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search