25 November 2025, Ipoh - Program Kesejahteraan Minda telah diadakan pada 25 November 2025 di Surau SMK Seri Ampang melibatkan 150 murid Tingkatan 4. Program ini bertujuan memberi sokongan emosi, meningkatkan kesejahteraan mental serta memantapkan kemahiran pengurusan diri dalam kalangan murid.
Sesi telah disampaikan oleh Puan Nurul Shuhada dan Encik Ahmad Zehnei (Kaunselor KPTM Ipoh), dengan bantuan 10 orang fasilitator Alpha yang membantu mengurus aktiviti dan bimbingan murid sepanjang program.
Program berjalan dengan lancar dan menerima penglibatan aktif daripada para peserta. Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada kesejahteraan murid.