18 Disember 2025 - Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh telah menerima lawatan rasmi delegasi dari Dublin Business School (DBS) yang diketuai oleh Mr. Tim Bicknell, Presiden DBS, bersama Ms. Cliona O’Beirne, Chief Commercial Officer DBS, dan Mr. Richard Bradley, Director of Studies DBS Malaysia.
Lawatan ini turut dihadiri wakil Ibu Pejabat, iaitu En. Mudzir Bin Mohamad, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, dan Pn. Noor Laili binti Abdullah, Pengarah Bahagian Akademik. KPTM Ipoh pula diwakili oleh Pn. Anisa binti Mohd Yusoff, Pengarah KPTM Ipoh, Pn. Nor Aishah binti Kamarulzaman, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi, Pn. Nor Azizan binti Mohd Daud, Timbalan Pengarah Akademik, Pn. Azizah binti Nor, Dekan Fakulti Multimedia Kreatif, Pn. Nurul Hidayah Hussin, Timbalan Dekan Fakulti Multimedia Kreatif, En. Mohd Shazli Bin Shahuddin, Ketua Jabatan Multimedia serta Mohd Faris Bin Rosli Pengurus Seksyen Jaminan Kualiti.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalin dan memperkukuh kerjasama strategik antarabangsa antara DBS dan KPTM, khususnya dalam bidang pendidikan kreatif dan media. Lawatan ini juga bertujuan untuk menilai fasiliti, keupayaan akademik, serta kesediaan institusi KPTM Ipoh dalam menyokong pelaksanaan program kolaborasi antarabangsa.
Sesi lawatan dimulakan dengan lawatan fasiliti KPTM Ipoh, diikuti perbincangan strategik berkaitan potensi penawaran program 3+0 BA (Hons) Film & Creative Media, termasuk aspek kurikulum, jaminan kualiti akademik, pemindahan kredit, serta peluang mobiliti pelajar dan staf akademik sebagai langkah ke arah memperluas akses pendidikan bertaraf antarabangsa.