Buletin Kampus

09 November 2025 | KPTM Ipoh Ungguli Naib Johan Cabaran Intelektual Gerakan Pengguna Siswa KPDN 2025

Image
9 November 2025, Kuala Terengganu – KPTM Ipoh mencatat kejayaan membanggakan apabila dua orang pelajar berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam pertandingan Cabaran Intelektual Gerakan Pengguna Siswa anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Pencapaian ini membuktikan keunggulan dan daya saing pelajar KPTM Ipoh dalam isu kepenggunaan negara.

Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan) KPDN, YBhg. Dato' Haji Amran bin Haji Ahmad dalam Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu.

Pihak kolej dan seluruh warga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas sekali lagi kepada kedua-dua pelajar yang telah mengharumkan nama KPTM Ipoh di peringkat kebangsaan.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search