
17 Januari 2023 - Seramai 26 pelajar KPTM Ipoh dari program Diploma in Teaching of English as a Second Language (TESL) semester 5, telah menjalankan program gotong royong di Zoo Taiping, Perak.
Program dimulakan dengan sesi taklimat tentang kawasan yang akan dibersihkan serta taklimat keselamatan oleh pihak zoo. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengutip sampah di sekitar kawasan tersebut.
Pada sesi kedua, para pelajar diberikan tugas untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di zoo dan membersihkan kendang-kandang haiwan. Pelajar juga diberikan peluang dan pengalaman untuk melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat.