Buletin Kampus

19 Jan 2024 | Aktiviti Khidmat Masyarakat Pelajar KPTM Ipoh : Program Sun, Surf & Smile

Image
19 Januari 2024 (Jumaat) - Bertempat di Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut telah diadakan program pembersihan pantai awam daripada sampah sarap oleh 18 pelajar Program Diploma in Teaching of English as a Second Language (TESL) KPTM Ipoh.

Program ini turut melibatkan kolaborasi bersama Bank Negara Malaysia, Majlis Perbandaran Manjung dan Komuniti Teluk Muroh dalam aktiviti membersih pesisir pantai Teluk Senangin yang menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu. Objektif program ini adalah bertujuan untuk malahirkan bakal guru yang menghargai alam sekitar, memupuk kesedaran kepada pelajar agar senantiasa menjaga kebersihan pesisir pantai dan seterusnya melengkapkan komponen kerja lapangan bagi kursus Khidmat Masyarakat.

Jumlah kutipan sampah sarap sebanyak 161kg terdiri daripada bahan boleh dan tidak boleh dikitar semula yang dapat dipungut di pesisir pantai Teluk Senangin. Walaupun berpanas dan penat menapak di sepanjang pesisir pantai. niatkanlah sebagai salah satu amal soleh yang pasti akan ada ganjaran-Nya. Dalam program yang sama, aktiviti penanaman benih pokok Bakau daripada jenis Kurap, Berus dan Minyak turut didedahkan kepada pelajar. Penanaman benih pokok ini dilakukan di Taman Paya Bakau Bandar Lumut.

Pendedahan ini memberikan pengalaman yang sangat mengujakan kepada pelajar. Malahan besar harapan mereka agar pokok yang disemai dapat hidup dan menyumbang kepada ekosistem dalam pemuliharaan kawasan Paya Bakau pada masa akan datang. Jom, pengunjung pantai peranginan kita jadikan keindahan pantai hari ini untuk diwarisi kepada generasi hari esok. Ingatlah, fikir dahulu, sebelum buang!

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search