Graduan Ke Luar Negara

23 Feb 2024 | KPTM Ipoh Mengiringi Graduan Cemerlang ke KLIA Bagi Menyambung Pengajian di Univerisity of Auckland, New Zealand

Image
23 Februari 2024, Jumaat - Nur Atikah merupakan graduan Diploma in Management with Multimedia yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara melalui tajaan IPMA Excellent Student Programme, (IESP MARA). Beliau telah berlepas ke New Zealand pada jam 8.45 malam tadi bagi menyambung pengajiannya dalam bidang Bachelor Of Arts (Majoring in Mathematics & Economics).

Turut hadir bagi meraikan graduan cemerlang ini adalah Pn Surhayani binti Mohamed Nor (Pensyarah Kanan), Pn Rohaiza Binti Hamzah (Pensyarah), Pn. Nor Azreeyana Binti Md Dom (Mentor) & En Nik Ahmad Akif (Kaunselor) serta sahabat beliau yang juga merupakan Alumni KPTM Ipoh hadir memberi sokongan dan semangat untuk beliau.

Wakil KPTM Ipoh sempat beramah mesra bersama keluarga Nur Atikah. Menariknya tentang keluarga Atikah boleh dikategorikan (Keluarga Mara) kerana ibu dan ayahnya merupakan Graduan KPM dan kedua-duanya menyambung pelajaran di luar negara dengan Tajaan Mara. Kini anak pertamanya (Kakak Atikah-Graduan KPTM Ipoh) juga menyambung pelajaran di Australia tahun lepas juga dengan Tajaan Mara. Dua orang sepupu beliau juga kini sedang belajar di UPTM.

Kekuatan dan motivasi Nur Atikah datang dari kedua ibu bapanya dan adik-beradiknya yang sentiasa memberi sokongan penuh kepadanya.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search