Graduan Ke Luar Negara

23 Feb 2024 | KPTM Ipoh Mengiringi Graduan Cemerlang ke KLIA Bagi Menyambung Pengajian di Univerisity of Auckland, New Zealand

Image
23 Februari 2024, Jumaat - Liyana Safiya merupakan graduan Diploma in Management with Multimedia yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara melalui tajaan IPMA Excellent Student Programme (IESP MARA). Beliau telah berlepas ke New Zealand pada jam 2.30 petang tadi bagi menyambung pengajiannya dalam bidang Bachelor Of Commerce (Economics And Accountings).

Turut hadir bagi meraikan graduan cemerlang ini adalah Pn Surhayani binti Mohamed Nor (Pensyarah Kanan), Pn Rohaiza Binti Hamzah (Mentor), Pn Nor Azreeyana Binti Md Dom (Pensyarah Kanan) & En Nik Ahmad Akif (Kaunselor) serta beberapa sahabat beliau juga merupakan Alumni KPTM Ipoh bagi memberi sokongan dan semangat untuk beliau.

Wakil KPTM Ipoh juga sempat beramah mesra bersama keluarga Liyana Safiya disamping berkongsi cerita tentang anaknya yang begitu bersemangat untuk menyambung pelajaran di sana. Beliau ditemani abangnya yang akan transit di Singapura, Australia dan akhir sekali New Zealand.

Syabas Liyana Safiya, Semoga Maju Jaya.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search