Graduan Ke Luar Negara

22 Feb 2024 | KPTM Ipoh Mengiringi Graduan Cemerlang ke KLIA Bagi Menyambung Pengajian di RMIT University, Australia

Image
Allya Irdina merupakan graduan Diploma in Multimedia yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara melalui tajaan IPMA Excellent Student Programme, (IESP MARA) telah berlepas ke Australia pada jam 10.30 malam tadi bagi menyambung pengajiannya dalam bidang Bachelor Of Design (Communication Design).

Bersama hadir bagi meraikan graduan cemerlang ini adalah Pn Salawani Md Said (Ketua Jabatan JMSK), Pn Tahirah Bt Mt Tahir (Mentor), Pn Sharifah Nathrah (Pensyarah) & En Nik Ahmad Akif (Kaunselor) serta Beberapa Alumni KPTM Ipoh yang turut bersama memberi sokongan dan semangat untuk beliau.

Wakil KPTM Ipoh sempat beramah mesra bersama keluarga Allya Irdina disamping berkongsi pengalaman berjaya kerana ibunya juga merupakan graduan di Qatar. Beliau jadikan ibunya idola hidupnya kerana tidak pernah puas memberi semangat dan motivasi kepada dirinya. Syabas Allya Irdina, Semoga Maju Jaya.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search