2 Februari 2024, Jumaat - Program KPTM Ipoh Go Green telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Puan Noor Laili binti Abdullah, Pengarah KPTM Ipoh dalam satu majlis yang melibatkan semua warga kerja dan sebahagian pelajar.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Azmi bin Mohd Judin ,Penolong Pegawai Pertanian (Unit Tapak Semaian) Majlis Bandaraya Ipoh, Puan Nazihah Azizul, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Strategik, Menteri Besar Incorporated dan Encik Amzar Syazwan bin Mat Amin, Eksekutif Perancangan E-Idaman Sdn. Bhd.
KPTM Ipoh telah menerima sumbangan 150 pokok hiasan dari Majlis Bandaraya Ipoh, 50 pokok kopi sumbangan Menteri Besar Incorporated dan 2 sangkar kitar semula dari E-Idaman Sdn. Bhd.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga KPTM Ipoh berjaya mendapat status Green Campus kelak.