KPTM Ipoh telah menyahut cabaran dalam pertandingan UTP Sepak Takraw League (UTPSTL) 2026 bertempat di Gelanggang Sepak Takraw, Universiti Teknologi Petronas.
Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan liga ini. Pemain KPTM Ipoh Bison juga telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan mencapai beberapa kemenangan dalam liga yang pertama kali disertai pasukan KPTM Ipoh Bison ini dengan menampilkan beberapa pemain baharu walaupun tidak dapat memberi saingan ke peringkat separuh akhir.
Diharap dengan penglibatan ini dapat menyemarakkan lagi usaha memberi pendedahan kepada pemain-pemain baharu serta memperkukuh jalinan kerjasama dan hubungan strategik antara institusi-institusi pendidikan tinggi.