Buletin Kampus

08 Februari 2026 | Program CSR Jejak Bakti Desa Kg Jawang

Image

Sungai Siput – 8 Februari 2026 (Ahad): Seramai 30 orang pelajar Diploma in TESL (DTE0505) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh telah terlibat dalam satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dijalankan di Kampung Jawang.

Program ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang, dan merupakan salah satu inisiatif institusi dalam memupuk nilai kesukarelawanan serta kesedaran sivik dalam kalangan pelajar melalui kursus MPU2412 Khidmat Masyarakat. Program ini telah diketuai oleh Muhammad Adib Imtiyaz bin Hairol Azhar selaku Ketua Program, dan diiringi oleh pensyarah kursus Cik Nur Fazirin binti Roslan. Kem Lang Buana merupakan penyumbang utama dalam menyediakan tempat aktiviti pelajar. Program ini turut melibatkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sungai Siput, Angkatan Pertahanan Awak Malaysia (Kuala Kangsar) serta Ahli Jawatankuasa Penduduk Kampung Jawang.

Pada sebelah pagi, para pelajar melakukan kerja-kerja mengutip sampah seperti daun-daun kering dan sisa buangan di sekitar kawasan jeti, serta mengutip kaca yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung. Selain itu, para pelajar turut terlibat dalam aktiviti mencuci dan menyental kawasan dewan orang ramai dengan bantuan penduduk kampung dan Jabatan Bomba Sungai Siput.

Pada sebelah petang, para pelajar telah melaksanakan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat yang memberi impak positif kepada pembelajaran kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun. Antara contoh aktiviti iaitu English Charades permainan meneka perkataan dalam bahasa Inggeris melalui gaya badan, aksi, atau mimik muka, tanpa bercakap. Seterusnya, aktiviti Word Building Blocks, English Explorers sertaTelephone whispers. Program ini diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Puan Rasnin Iddayu binti Ramli, Penyelaras TVET Parlimen Sungai Siput.

Pelaksanaan program ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk terus menyumbang bakti kepada komuniti serta menerapkan semangat kesukarelawanan dalam diri masing-masing.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search