Gopeng, 03 Februari 2026 (Selasa) – Hebat! Seramai 26 pelajar program Diploma in Digital Marketing Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh telah terlibat dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang penuh semangat di Zahara Garden, Gopeng Bersama kanak-kanak Tadika Pasti Sinaran Wahyu. Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah berjaya mencungkil semangat kesukarelawanan pelajar dan mengukuhkan hubungan antara KPTM dengan komuniti setempat.
Program ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang, dan merupakan salah satu inisiatif institusi dalam memupuk nilai kesukarelawanan serta kesedaran sivik dalam kalangan pelajar melalui kursus MPU2412 Khidmat Masyarakat. Program ini telah diketuai oleh Nurfarisha Alya Binti Mohd Israq selaku Ketua Program dan diiringi oleh pensyarah kursus Puan Nor Shahida Binti Mohd Zubir.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah melaksanakan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat yang memberi impak positif kepada kanak-kanak Tadika Pasti Sinaran Wahyu. Antara program satu hari ini, yang telah disusun oleh pelajar DDM0401 iaitu kanak-kanak Tadika Pasti dibahagikan kepada lima pasukan Bersama fasilitator di kalangan pelajar-pelajar DDM0401 untuk menyempurnakan beberapa misi hebat.
Mereka berjaya menceriakan kanak-kanak Tadika Pasti disini dengan acara-acara yang telah dirancang dengan teliti. Aktiviti bermain Bersama haiwan seperti Alpaca, Arnab, Ikan ini pastinya salah satu aktiviti yang tidak dapat dilupakan oleh mereka. Setiap aktiviti memberi kenangan terindah kepada kanak-kanak Tadika Pasti di sini. Di samping itu juga pelajar-pelajar KPTM Ipoh menyantuni kanak-kanak Tadika ini dengan berkongsi cerita dan pengalaman belajar sambil kanak-kanak mewarna lukisan yang diberikan.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen KPTM Ipoh dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif seperti ini diharapkan dapat terus diteruskan sebagai sebahagian daripada pendidikan holistik yang membina insan berintegriti, prihatin dan berdaya saing.