Buletin Kampus

06 Februari 2026 | Rangkuman Program DGBiz EduFest 2026

Image
Sekitar kemeriahan DGBiz EduFest 2026 yang telah berlangsung dari 27 Januari 2026 hingga 5 Februari 2026 di KPTM Ipoh, menghimpunkan pelbagai aktiviti pameran projek, perkongsian industri dan sesi pembelajaran interaktif dalam suasana kreatif dan inspiratif.
 
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial, KPTM Ipoh dengan penglibatan pelajar Diploma in Digital Business dan Diploma in Digital Marketing, pensyarah serta warga kampus.
 
Turut memeriahkan program ialah penceramah jemputan:
• SSM Talk oleh Pn. Raamona Binti Rambli
• Talk Bersama CEO Luxamana oleh Uzair Haqimi
• Kursus AI bersama Wrna Digital oleh En. Ammar Haiqal
 
Sepanjang tempoh program, pelajar berpeluang mempamerkan hasil kerja, menimba ilmu industri serta mengasah kemahiran komunikasi dan keyakinan diri. Perkongsian daripada penceramah jemputan memberi inspirasi serta pendedahan dunia sebenar kepada pelajar. Vibe kolaboratif, kreatif dan supportive jelas dirasai, menjadikan DGBiz EduFest sebagai platform apresiasi bakat dan pengalaman pembelajaran yang bermakna di luar bilik kuliah.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search