5 Jan 2024 - KPTM Ipoh berhasrat untuk melaksanakan Program Memperkasakan Huffaz. Program ini terbuka kepada lepasan SPM yang telah hafal 30 juzuk Al-Quran. Program ini terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira program, tetapi khusus untuk para huffaz.
Melalui program ini kami berharap dapat membantu para huffaz untuk terus menjaga hafazan mereka melalui sesi hafazan dalam halaqah yang kecil dengan bimbingan guru Al-Hafiz bertauliah. Sistem yang dinamik, jadual dan silibus yang tersusun, diperkayakan dengan program kerohanian sebagai nilai tambah dan guru Al-Hafiz yang bertauliah diharap akan melahirkan golongan profesioanal dalam pelbagai bidang, yang menjadikan Al-Quran sebagai amalan dan panduan hidup. Terima kasih kepada jawatankuasa program Huffaz di KPTM Bangi atas kesudian berkongsi dan membimbing kami.
Program ini telah dijalankan di KPTM Bangi sejak 2018. Turut hadir untuk sesi perkongsian ini ialah Ustaz Saiful Syahrul Mohd Hanafi selaku Pengerusi Jawatankuasa Huffaz, Ustaz Mohd Nazir Mat Yunoh, Ketua Jabatan Pengajian Umum dan Guru Murojaah, Ustazah Zuraidah selaku Ahli Jawatankuasa Huffaz serta Ustazah Nurul Asmat Mohd Omaran yang juga merupakan Guru murojaah.
Moga sesi perkongsian ini akan membuka jalan untuk usaha-usaha menjayakan perlaksanaan program memperkasakan huffaz di KPTM Ipoh.