11 Januari 2024, Khamis - KPTM Ipoh telah mengunjungi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar untuk melihat perlaksanaan Kampus Hijau. Lawatan ini telah disertai oleh Puan Noor Laili binti Abdullah, Pengarah KPTM Ipoh, Puan Nor Aishah binti Kamarulzaman, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan juga Jawatankuasa MQS KPTM Ipoh.
Sesi taklimat berkaitan Kampus Hijau UiTM Cawangan Perak telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Sr. Dr. Nur Azfarhani binti Ahmad, Ketua Jawatankuasa Kampus Hijau UiTM Cawangan Perak. Turut diadakan lawatan ke beberapa check point hijau dengan menaiki BEAM E-Scooter. Antara tempat yang dilawati adalah Kelulut Point, Solar Charging Point, Pusat Kitar Semula, BEAM E-Scooter Station dan Green Roof.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Kampus Hijau UiTM Cawangan Perak kerana sudi berkongsi idea dan pengalaman. Semoga KPTM Ipoh dapat merealisasikan impian untuk menjadi Kampus Hijau Pertama KPTM.