22 Januari 2024 - Pelajar program Diploma in Game Design semester 2 telah menjayakan program khidmat masyarakat bersama Sekolah Kebangsaan Meru Raya. Program bermula seawal 8.30 pagi dengan sesi bersama pelajar tahun 6.
Program berkonsepkan sembang santai dan interaktif berjaya menarik perhatian pelajar dan menggamatkan dewan. Melalui sesi ini pelajar memperkenalkan KPTM serta kerjaya dalam bidang game design.
Guru besar SK Meru Raya Pn. Farasmimi Binti Omar melalui ucapannya mengucapkan terima kasih dan berharap akan ada lagi kesinambungan dari program ini. Program bersambung pada sesi petang dengan para pelajar menyumbangkan tenaga dan idea menyiapkan sebuah mural di sudut bacaan pelajar dan gotong royong mengecat hiasan di pra sekolah.
Lebih dari itu diharap melalui program ini pelajar dapat belajar berorganisasi, berinteraksi, bekerjasama dan saling memberi pendapat dalam penyelesaian masalah. Tahniah kepada semua 23 orang pelajar semester ke-2, Diploma in Game Design KPTM Ipoh.