27 Januari 2024 - Seramai 20 orang pelajar semester 5 dari program Diploma in TESL telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di Pulau Orang Utan, Bukit Merah.
Program ini merupakan satu usaha memberi sumbangan tenaga kerja untuk pembersihan kawasan habitat Orang Utan oleh pelajar dan pada masa yang sama dapat menyemai satu sikap cintakan kebersihan alam sekitar serta kasih sayang terhadap haiwan.
Pelajar memulakan perjalanan ke pulau ini dengan menaiki bot yang disediakan oleh pengunjung dari jeti Bukit Merah. Apabila tiba di pulau, pelajar telah diberi penerangan tentang pulau tersebut dan aktiviti yang akan dijalankan.
Pelajar terlebih dahulu diberi peluang melawat dan diperkenalkan dengan setiap orang utan yang mendiami pulau itu. Kemudian para pelajar telah diberikan tugasan untuk membersihkan kawasan sekitar dengan menyapu daun-daun kering, mencabut rumput-rumput halus dan membuang ranting/dahan pokok yang telah patah. Kawasan-kawasan ini termasuk kawasan pentas, ruang pejalan kaki serta sepanjang susur tepi kandang.
Melalui program ini, pelajar dapat mengenali lebih lanjut tentang kehidupan orang utan, kepentingan ekosistem ini kepada dunia serta dapat meningkatkan kesedaran terhadap keperluan memberi khidmat kepada alam sekitar.