31 Januari 2024 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh menyasarkan untuk mengembangkan lagi jenama melalui program terbaharu yang akan diperkenalkan bagi tahun 2024. Ketua
Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), En. Radzuan bin Razali berkata, pengukuhan jenama KPTM Ipoh penting untuk menjadikan kampus yang terletak di Meru ini, terletak dalam pilihan utama dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.
“KPTM Ipoh mempunyai banyak kelebihan bagi menarik pelajar lebih ramai, terutamanya menerusi program-program pengajian dalam bidang multimedia yang sesuai dengan kehendak pasaran semasa,” katanya ketika lawatan kerja sehari ke KPTM Ipoh.
Lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB ke KPTM Ipoh, turut dihadiri Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat (JPK) KPTMSB, En. Mohamed Saifuddin bin Hussin, Pengarah Kanan Jabatan Logistik dan Aset, En. Mohd Zaidi bin Zakaria dan pengurusan tertinggi KPTM Ipoh.