3 Februari 2024, Sabtu - Kumpulan mentor mentee Puan Hidayah Hussin dan Puan Syamsulaini Sidek telah berkolaborasi untuk mengadakan program Creative Pose Explorace bertempat di Taman Rekreasi Gunung Lang.
Seramai 30 orang mentee daripada Program Diploma in Multimedia (DIM) semester 5 terlibat dalam program ini. Creative Explorace ini berkonsepkan pencarian ke atas 21 item dilokasi yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan perlu mencari item tersebut berpandukan klu yang diberikan dan mereka perlu bergambar bersama item tersebut dengan gaya yang telah ditetapkan secara kreatif.
Kumpulan yang paling pantas menghabiskan tugasan dan berjaya mencari item paling banyak beserta gambar yang kreatif dikira sebagai pemenang. Kesemua peserta memberikan kerjasama yang baik dan sangat seronok sepanjang program berlangsung.
Program Creative Pose Explorace dapat membina semangat “team building”, menguji kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal disamping para peserta dapat membina kreativiti dan pemikiran kritis sewaktu menyelesaikan tugasan. Program ini juga diharapkan dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada mentee sebelum mereka menamatkan diploma.