Buletin Kampus

21 Feb 2024 | Perbincangan Berkaitan Peluang Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara Bersama NAS Education Sdn. Bhd

Image
21 Februari 2024, Rabu - KPTM Ipoh berbesar hati menerima kunjungan daripada Puan Noor’Ain Binti Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif NAS Education Sdn Bhd dan Puan Rosidah Geseh Pengurus Kanan NAS Education Sdn.Bhd. Sesi perbincangan ini turut disertai oleh Puan Noor Laili Binti Abdullah,Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Puan Bisyaarah Binti Moh Surur, Timbalan Pengarah Akademik dan Puan Azizah Binti Nor, Dekan Fakulti Multimedia Kreatif.

Objektif utama perbincangan ini adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peluang melanjutkan pengajian ke luar negara seperti di Australia, Kanada, New Zealand, Korea , U.S.A., United Kingdom dan lain-lain. Selain itu, turut membincangkan beberapa isu berkaitan persediaan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk meduduki ujian International English Language Testing System (IELTS). Pengarah KPTM Ipoh turut meminta pandangan dari NAS Education berkaitan program Ijazah 3+0 dalam bidang Multimedia Kreatif yang ditawarkan di universiti tersohor luar negara.

Pengarah KPTM Ipoh berharap dengan kerjasama ini lebih ramai graduan KPTM Ipoh dapat melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang yang bersesuaian. Hal ini seterusnya dapat memastikan masa depan yang lebih baik sekaligus dapat menzahirkan potensi diri mereka yang sebenar.

Pihak KPTM Ipoh juga berhasrat untuk bekerjasama lebih jauh bersama NAS Education bagi melestarikan pelbagai program yang telah dirancang dalam usaha meningkatkan peluang graduan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Semoga dengan usaha murni ini akan menjadikan KPTM Ipoh sebuah institusi yang lebih baik dan gah.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search