Buletin Kampus

25 Feb 2024 | Majlis Penyerahan Baucar Back To School Parlimen Tambun

Image
25 Februari 2024, Sabtu - Seramai 1000 orang pelajar telah dipilih untuk menerima baucar bantuan persekolahan dalam satu majlis yang diadakan di KPTM Ipoh. Sumbangan baucar ini diberi bagi mengurangkan beban memasuki tahun persekolahan yang baru tidak lama lagi.

Program dimulakan dengan taklimat KPTM Ipoh. Reruai pameran setiap program yang ditawarkan di KPTM Ipoh dan jualan makanan dari Alumni juga turut diadakan.

Majlis penyampaikan cek cura kepada 10 orang pelajar sebagai simbolik acara penyampaian baucar Back to School telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik, Kementerian Kewangan Malaysia, yang mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang juga Ahli Parlimen Tambun. Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Noor Laili binti Abdullah, Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Ipoh dan dif-dif jemputan yang lain.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search