Buletin Kampus

23 Januari 2026 | Program Israk Mikraj KPTM Ipoh 1447H/2026M

Image
23 Januari 2026 - Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh telah berjaya melangsungkan Program Israk Mikraj dengan penuh bermakna dan pengisian rohani yang menyentuh hati. Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini menerima sambutan yang sangat baik dengan kehadiran lebih 100 orang orang pelajar.

Acara dimulakan dengan jamuan makan petang yang meriah, disajikan dengan pelbagai juadah hasil sumbangan warga kampus serta para penyumbang yang budiman. Suasana penuh ukhuwah dan kegembiraan jelas terpancar sepanjang sesi jamuan tersebut.

Program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan ceramah agama yang memperingati perjalanan agung Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Para pelajar turut berpeluang menyaksikan tayangan khas bertemakan Israk Mikraj bagi menambah kefahaman dan penghayatan terhadap peristiwa bersejarah itu.

Terima kasih yang tulus kepada seluruh MPP atas usaha dan komitmen mereka dalam menjayakan program ini. Penghargaan khas turut diberikan kepada semua penyumbang makanan yang memeriahkan lagi majlis dengan pelbagai hidangan.

Semoga program seperti ini terus menjadi wadah menyuburkan kerohanian dan membentuk jati diri mahasiswa KPTM Ipoh.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search