Buletin Kampus

29 Januari 2026 | KPTM Ziarah Prihatin & CSR - Ihsan Dikongsi, Bakti Disemai

Image
Ipoh, 29 Januari 2026 – Program Ziarah Prihatin dan Gotong-Royong di Rumah Sri Kenangan Ulu Kinta telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 32 orang pelajar KPTM Ipoh daripada program Diploma in Teaching of English as a Second Language (TESL) (DTE0401).

Program ini diketuai oleh Cik Najwa Izzati Binti Abu dengan bimbingan pensyarah pengiring, Puan Azizah Binti Nor. Program ini bertujuan menyantuni warga emas melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti interaksi sosial seperti senamrobik dan permainan dalaman, di samping membantu menceriakan serta membersihkan persekitaran rumah jagaan melalui aktiviti gotong-royong.

Pelaksanaan program ini berasaskan keperluan untuk memupuk nilai kemanusiaan, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar, selari dengan budaya ziarah dan semangat kebersamaan. Secara tidak langsung, program ini memberi ruang kepada pelajar untuk menerapkan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar di luar bilik kuliah.

Impak program jelas dapat dilihat apabila warga emas berasa dihargai dan diberi perhatian, manakala pelajar memperoleh pendedahan bermakna terhadap nilai kesukarelawanan, keprihatinan sosial dan pembentukan sahsiah diri. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti, malah menyumbang kepada pembentukan generasi yang lebih peka, beretika dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Pihak KPTM Ipoh mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan Rumah Sri Kenangan Ulu Kinta atas kerjasama merealisasikan program ini.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Lebuh Meru Raya,
Bandar Baru Meru Raya, 30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003

  • dummy 05 - 241 6989 (Hotline Pengambilan Pelajar)

  • dummy 05 - 242 1002

MS ISO 9001:2015

Aplikasi KPTM Pocket

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search