Buletin Kampus

24 Feb 2024 | Seminar Fikrah Siddiq Fadzil Peringkat IPT Negeri Perak "Kemanusiaan Sejagat Gagasan Malaysia Madani"

Image
24 Februari 2024 - Telah berlangsungnya Seminar Fikrah Siddiq Fadzil peringkat IPT Negeri Perak yang bertempat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Royal College Medicine Perak (RCMP) Ipoh baru-baru ini.

Sebanyak 15 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah mengambil tempat dalam menjayakan seminar pada kali ini. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh juga telah menghantar seramai 32 orang pelajar yang mengambil kursus Pengajian Islam bagi menghadiri seminar tersebut dengan diiringi dua orang pensyarah Pengajian Islam iaitu Ustaz Khairul Azhar Abdul Aziz dan Ustaz Syed Salahuddin Syed Ayob.

Seminar tersebut juga antaranya disampaikan oleh Timbalan Menteri Agama, Senator Dr Zulkifli Ahmad dan dirasmikan oleh YB Tn Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Penganjur juga mengadakan Kuiz Interaktif secara online dan salah seorang pelajar KPTM Ipoh juga terpilih sebagai salah seorang pemenang terpantas dalam menjawab kuiz tersebut.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search