Ipoh, 23 Februari 2024 - Telah berlangsung program Xplorasi Kampus : Kursus Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis di Kolej Poly-tech Mara (KPTM) cawangan Ipoh.
Sesi pertama telah dimulakan dengan slot pengenalan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan program-program anjuran PASAK oleh Encik Muhammad Firdaus (Ketua Unit Pelaksana, PASAK). Seterusnya, program diteruskan lagi dengan taklimat Kursus Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis yang disampaikan oleh Puan Rehana binti Mohd Abbas dan Puan Norasyikin binti Amiruddin.
Antara perkara yang dikongsikan adalah protokol majlis tentang jenis majlis dan jenis pakaian. Selain daripada itu, etika-etika yang ditekankan semasa majlis, panduan serta teknik berkesan dalam pengucapan awam dan pengacaraan majlis seperti ciri-ciri teks, cara penulisan teks, salutasi, tujuan pengucapan awam, struktur dan teknik. Aktiviti diteruskan lagi dengan pertandingan pengucapan awam dan pengacaraan majlis secara berkumpulan.
PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Poly-Tech Mara cawangan Ipoh di atas kesudian menjemput PASAK untuk membuat perkongsian kepada para pelajar. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.