Buletin Kampus

01 Mac 2024 | Pelepasan Kontigen KPTM Ipoh Untuk Kejohanan Sukan MASISWA Zon Utara

Image
1 Mac 2024, Jumaat - Seramai 50 orang pelajar dan 12 orang pegawai telah bertolak ke TAR UMT, Pulau Pinang untuk menyertai Kejohanan Sukan Masiswa Zon Utara bermula 1-3 Mac 2024. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah futsal, bola jaring, badminton, ping pong dan catur.

Majlis penyerahan bendera KPTM telah disempurnakan oleh Puan Nor Aishah binti Kamarulzaman, Timbalan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan sebagai tanda gimik pelepasan kontigen. Turut hadir Puan Bisyaarah bt Mohd Surur, Timbalan Pengarah Akademik dan juga staf KPTM Ipoh untuk memberikan kata-kata semangat kepada semua atlet.

Seluruh warga KPTM Ipoh mendoakan agar semua atlet dapat beraksi dengan baik dan beroleh kemenangan. Semoga berjaya untuk semua atlet.

Hubungi Kami

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
( DK247-06 (A) )
Lot 339325, Bandar Baru Meru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • dummy 05 - 242 1003 | 05 - 241 6989

  • dummy 05 - 242 1002

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Diselenggara oleh : Webmaster KPTM Ipoh

Search