14 Mei 2024 - KPTM Ipoh telah menyantuni keluarga alumni Allahyarham Mohamad Faisal Haqimie bin Hapizul di Kg. Paya Jaras, Selangor. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 4 April 2024 kerana terlibat dengan kemalangan motosikal.
KPTM Ipoh diwakili oleh Puan Bisyaarah bt Mohd Surur (Timbalan Pengarah Akademik), Puan Nurul Hidayah binti Hussin (Timbalan Dekan Fakulti Multimedia Kreatif) dan Puan Rahah binti Jamiludin (Penolong Pengarah Alumni & Keusahawanan) untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Mohamad Faisal. Kunjungan ini merupakan salah satu program khidmat masyarakat di bawah jenama KPTM Prihatin.
Kunjungan ziarah ini sentiasa menjadi amalan pihak Pengurusan KPTMSB sebagai tanda keprihatinan kepada pelajar mahupun alumni atau keluarga yang ditimpa musibah. Pihak KPTMSB mendoakan roh Allahyarham Mohamad Faisal ditempatkan di kalangan orang beriman dan mengharapkan keluarga tabah dengan ujian yang menimpa.