15 Mei 2024, Rabu - Kolej Poly-Tech MARA telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPTM 2023. Majlis ini diadakan untuk meraikan staf KPTM dan UPTM yang telah berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2023, bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Encik Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd. dan diteruskan dengan ucapan serta penyempurnaan majlis oleh YB Dato' Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, Pengerusi KPTM Sdn. Bhd.
Turut hadir bersama dalam majlis ini Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB adalah YBrs. Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah MARA (Khidmat Pengurusan) dan YBhg. Dato’ Julainie bin Mohd Salleh.
Seramai 6 orang staf KPTM Ipoh telah menerima anugerah ini iaitu:-
Kategori Akademik
1) Pn Bisyaarah bt Mohd Surur
2) Pn Haslina binti Hisham @ Md Salleh
3) Pn Nasrah binti Hassan Basri
4) En Shahrulizan bin Shaidan
Kategori Pentadbiran
1) En Mohamed Fazli bin Mohamed Shapiai
Sokongan
1) En Mohd Ariffin bin Hamid
Turut hadir bersama memeriahkan lagi majlis adalah Pn Noor Laili binti Abdullah, Pengarah KPTM Ipoh dan Staf KPTM Ipoh yang berkesempatan meraikan bersama. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPTM 2023 dan semoga anda terus cemerlang berbakti kepada KPTM.