SHAH ALAM, 26 Mei 2024 - Pasukan Areodance KPTM Ipoh telah menggegarkan Setia City Mall dengan menjadi Johan Fun Fitness Areodance Competition anjuran Persatuan Senamrobik Negeri Selangor - PSS.
Pertandingan disertai 15 pasukan dan dilangsungkan sepanjang hari dengan penuh meriah. Persembahan pelajar KPTM Ipoh telah menambat hati juri seterusnya dinobatkan sebagai Johan bagi edisi kali ini.
Semestinya pencapaian pasukan aerodance ini yang dibawah naung Kelab Senamrobik KPTM Ipoh telah membakar semangat dalam persiapan untuk ke Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang akan berlangsung pada September 2024 nanti.
Tahniah diucapkan kepada pelajar, pengiring dan jurulatih kelab.